Perkongsian (Partnerships)

PENUBUHAN

Sebuah perkongsian ditubuhkan dengan mendaftarkan penubuhannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perkongsian wujud dengan berbagai cara, antaranya :
  • Persetujuan menjalankan perniagaan di antara dua individu
  • Persetujuan menjalankan perniagaan perkongsian di antara dua ahli perniagaan (peniaga milik tunggal) tidak kira bentuk asal sama ataupun tidak selepas bergabung, asalkan bersetuju menjalankan perniagaan bersama.
  • Persetujuan antara dua pihak (individu dan peniaga) menjalankan perniagaan bersama bagi tujuan bantuan modal
CIRI-CIRI PERKONGSIAN
  • Tiada klausa dalam Akta Perkongsian 1961 menyebut tentang bilangan maksimum pekongsi, hanya menyatakan bilangan minimum pekongsi iaitu 2 orang. Namun Seksen 14(3)(b) Akta Syarikat ada menyatakan bilangan maksimum pekongsi sesebuah perkongsian ialah 20 orang. Walau bagaimanapun bagi perniagaan berbentuk profesional seperti guaman, akauntan dan arkitek, keahliannya boleh meningkat sehingga 50 orang.
  • Dari segi perundangan perkongsian tidak dianggap entiti berasingan dengan pekongsi (liabiliti tidak terhad). Ini bermakna segala urusan yang dibuat oleh seseorang pekongsi akan mengikat perkongsian keseluruhannya. Contoh : Jika pemiutang (Creditors) menuntut wang dari perkongsian, setiap perkongsi bertanggungjawab melunaskan tuntutan tersebut. Jika mana2 pekongsi gagal melunaskan tuntutan tersebut, pekongsi lain wajib membantu untuk melunaskannya. Dari segi perundangan, perkongsian tidak dianggap entiti berasingan dengan pekongsi. Rujukan Seksyen 7, 8, 11 dan 12 Akat Perkongsian 1961.
  • Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara rakan kongsi. Surat perjanjian perkongsian menentukan kuasa & tanggungjawab rakan kongsi & syarat-syarat lain.Rakan2 kongsi dikhendaki menyumbang modal menikut nisabh modal yang persetujui dalam Artikel PerkongsianKeuntungan dan kerugian diagihkan kepada rakan kongsi mengikut syarat-syarat dan nisbah modal yang disumbangkan seperti dalam Artikel Perkongsian.

PERJANJIAN PERKONGSIAN

Perjanjian perkongsian adalah perlu bagi sesebuah perkongsian untuk mengurus tadbir perjalanan
sesebuah perkongsian. Antara butiran-butiran perjanjian perkongsian pada kebiasaanya adalah :
  • Nama perkongsian, aktiviti perniagaan, lokasi , jumlah dan serta nama pekongsi
  • Perakaunan dan tempat rekod disimpan
  • Pentadbiran atau pengagihan kuasa dalam perkongsian
  • Penentuan dalam kadar untung atau rugi
  • Peruntukkan dan had ambilan bagi pekongsi dan kadar faedah dikenakan
  • Jumlah sumbagan modal pekongsi dan peruntukkan kadar faedah atas modal
  • Gaji, elaun dan ganjaran dalam pekongsi
  • Harta perkongsian

PERKONGSIAN TANPA PERJANJIAN

Urustadbir sesuatu perkongsian dibuat berdasarkan Seksyen 26 Akta Pekongsian 1961 sekiranya
tiada sebarang perjanjian dibuat. Huraian mengenai Subsekyen 26 Akta Perkongsian anataranya :
  • Pekongsi berkongsi secara sama-rata ke atas keuntungan atau kerugian perkongsian
  • Setiap pekongsi berhak menerima faedah 8% setahun ke atas pendahuluan (pinjamanan) yang diberikan kepada perniagaan perkongsian.
  • Pekongsi berhak mendapat faedah atas modal hanya setelah keuntungan ditentukan
  • Setiap pekongsi berhak mengurus perniagaan
  • Tiada gaji diberi walaupun pekongsi terlibat secara urusan harian perniagaan
  • Seorang pekongsi tidak diiktiraf tanpa persetujuan semua pekongsi
  • Keputusan majoriti diterima sekiranya wujud perbalahan berkenaan dengan perniagaan tetapi jika perkongsian ingin mengubah aktiviti perniagaan, keputusan sebulat suara (100%) mesti diperolehi.
  • Buku dan rekod perakaunan perkongsian disimpan dipremis perniagaan. Setiap pekongsi berhak menyemak dan membuat salinan rekod tersebut.

KEBAIKAN PERKONGSIAN
  • Pengumpulan modal, pengalaman dan tenaga kerja yang banyak di kalangan pekongsi.
  • Risiko keuntungan dan kerugian diagihkan kepada pekongsi.
  • Kos penubuhan lebih murah dan tatacara penubuhan yang mudah berbanding dengan Syarikat Sdn Bhd.

KELEMAHAN PERKONGSIAN

  • Liabiliti tidak terhad.
  • Proses mengambil keputusan mungkin mengambil masa kerana memerlukan persetujuan semua pekongsi.
  • Penambahan modal terhad kepada keupayan pekongsi.
  • Pembubaran : Perkongsian mungkin dibubarkan jika salah seorang pekongsi ingin membubarkan perkongsian, kematian atau persaraan, gila atau tindakan undang2.

No comments:

TUBUH & DAFTAR SYARIKAT


. . . . . . . . . . KHIDMAT TUBUH & DAFTAR SYARIKAT BARU . . . . . . . . .


PENGENALAN

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.). Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Akta Syarikat telah menetapkan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menaja iaitu proses dalam menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.


Kuasa Lembaga Pengarah

Pemegang Saham Syarikat akan melantik Para Pengarah dalam melaksanakan Objektif dan Arah tuju Syarikat. Oleh yang demikian, didalam pengurusan Syarikat, pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah Lembaga Pengarah (Board of Directors). Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang dipersetujui bersama dalam mengurus dan mentadbir Syarikat dengan sebaik mungkin dan berlunaskan Undang-undang yang telah ditetapkan. Association) adalah di dalam tangan Lembaga Pengarah tetapi berpandukan Akta Syarikat 1965.


Liabiliti Terhad

Sifat kelebihan dan utama mengapa ramai yang memilih entiti perniagaan Sdn. Bhd. adalah Konsep Liabiliti Terhad. Para Pemegang Saham tidak akan menanggung liabiliti Syarikat sekiranya Syarikat dikenakan tindakan undang-undang mahupun pembubaran Syarikat. Bagi saham Syarikat yang telah dilanggan penuh, maka liabiliti hanya terhad kepada jumlah saham yang dipegang dan dibayar sahaja.


PROSES PENDAFTARAN SYARIKAT


Peringkat Pertama

Permohonan mencari nama Syarikat - Kelulusan nama perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum proses-proses lain dijalankan. Nama yang dicadangkan haruslah:

a. Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai

b. Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim

c. Tidak boleh menggunkan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, Nama Negeri-negeri dan sebagainya.


Pada ketika ini (1 November 2011), bilangan jumlah Syarikat Sdn. Bhd dan Berhad telah mencapai angka 970,000. Oleh yang demikian banyak nama Syarikat telah digunapakai dan didaftarkan.


Peringkat Kedua


Selepas nama baru diluluskan oleh SSM, maka perlulah disediakan Borang dan Dokumen sebelum pengeluaran Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat). Tempoh maksimun 3 bulan diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan menyerahsimpan borang dan dokumen berkaitan. Antaranya adalah :

a. Memorandum dan Artikel Syarikat - M & A :

Merupakan Peraturan, Undang-undang dan Perlembagaan Syarikat.

b. Borang Perlantikkan Pengarah - Borang 48A - Merupakan pengistiharan Pengarah atau Pemegang Saham.

c. Penyataan Pematuhan - Borang 6


Peringkat Terakhir


Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan telah diluluskan oleh SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan yang kebiasaanya mengambil masa 1 atau 2 hari.

Susulan dari pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat, maka dokumen-dokumen seperti dibawah perlu diserah simpan kepada pihak SSM.

----->a. Borang 24 – Merupakan Borang Maklumat Saham dan Pemegang Saham termasuklah Saham Diterbitkan dan Saham Dibenarkan (Authorised dan Paid-up Capital).

----->b. Borang 44 – Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat dam kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat

----->c. Borang 49 – Borang yang menyatakan maklumat Para Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.


. . . . . . . . . RM2,200 sahaja !! . . . . . . . . . .


Dengan harga yang kompetitif dan khidmat runding yang berterusan. Anda tidak perlu risau lagi tentang status Syarikat anda. Dengan pengalaman dan kemampuan yang ada kami sedia membantu dan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Perkhidmatan yang kami tawarkan merangkumi ke seluruh Malaysia.




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

PERKHIDMATAN KAMI :

Menyediakan perkhidmatan khidmat runding dan nasihat meliputi PENGURUSAN SYARIKAT & PERNIAGAAN, PERCUKAIAN dan sebagainya.




A. PENGAUDITAN
Khidmat Runding Pengauditan terhadap entiti seperti Syarikat Sdn. Bhd., Koperasi, Pertubuhan dan Yayasan. Begitu juga dengan Pengauditan Terkhusus (Requested by Specific Jobs)


B. PERAKAUNAN
Sisitem Perakaunan Berkomputer yang lengkap bagi semua jenis perniagaan dan industri dengan kadar berpatutan. Juga menyediakan perkhidmatan menaik-taraf sistem perakaunan yang sedia ada bagi mengikut kesesuaian perniagaan dan entiti yang diperlukan.


C. PERCUKAIAN
Khidmat Runding dan Nasihat didalam Cukai Perniagaan, Cukai Individu, Cukai Koperasi dan sebagainya. Dengan memaksimum keuntungan perniagaan dan pada masa yang masa merancang penjimatan cukai dengan sebaik mungkin Peruntukkan Undang-undang seperti Akta Cukai, Akta Syarikat, Akta Perkongsian akan diguna-pakai sebaik mungkin dan mengadaptasi cara bersesuaian.


D.
KHIDMAT SETIAUSAHA SYARIKAT
Menyediakan khidmat Setiausaha Syarikat yang bertauliah. Bekerjasama dengan pihak Syarikat dalam memberikan khidmat nasihat, panduan dalam urusan pentadbiran selaras dengan pematuhan dan polisi yang ditetapkan oleh Akta Syarikat.


E. KHIDMAT RUNDING NASIHAT DAN LATIHAN
Menyediakan khidmat latihan dan seminar terhadap Para Pengarah, Syarikat dan Kakitangan terutamanya didalam bidang Peraturan dan Polisi entiti, Sistem Kawalan Dalaman, Penstrukturan Perniagaan, Khidmat Nasihat Pengurusan dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top